simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Thursday, January 12, 2012

main politik

tetiba hari ni kita akan membincangkan isu panas - politik. haa panas tak, panas tak?

actually saya tidak sukakan politik. malah semasa kursus kenegaraan oleh biro tatanegara pon saya bersuara terus terang dengan fasilitator bahawa saya menugai dengan politik. berani kan?? terus terang di platform yang mana kami kena brainwash?? hahaha tak lah saya mengata macam tu. saya menambah cerita. masa tu saya cuma cakap saya tak sukakan politik but it doesnt mean that saya tak sukakan politicians. saya tak sukakan politik sebab politik itu kotor doesnt mean that saya kata semua politicians main kotor. saya tak sukakan politik sebab isu tikam belakang dan lompat parti doesnt mean that semua politician makan rasuah dan pentingkan diri sendiri.

jelas ya? saya tak sukakan politik because some of them yang tak rational itu dah buatkan whole politik menjadi kotor. kerana nila setitik rosak susu sebelanga. lain kali aliquot susu tu siap-siap tidaklah banyak sangat yang rosak. haha.

saya belum mendaftar yo! eh tunggu seminit, berapa umur saya?? 27 in next 10days ya. muahaha. amacam terer tak saya menyelamatkan diri?? actually buat apa pon nak berdaftar dan lepas tu beratur panjang [not to mention sambil bawak anak kecik] undi punya undi lepas tu kau tak buat apa perubahan yang kau janji. ataupon pangkah seorang lagi dengan senario serupa - beratur panjang segala then after that simply-simply lompat parti. tak ke menghampakan saya?? disebabkan saya tak mahu dihampakan oleh mana-mana pihak, saya dengan rela hati memberi peluang kepada mereka yang sudi saja untuk memilih. pilih saja mana kamu suka, dan saya terima mana-mana undi majoriti. saya tidak akan membantah, seriously.

eh eh kenapa pulak nak bercakap pasal politik hari ni?? dah dekat sangat pilihanraya nampaknya?? hehe semua orang dah tahu lah kau tak payah nak jakun berlakon tak tahu pape kat sini.

believe it or not, saya bukan seorang yang ada pendirian dalam politik. A pon tidak, B apatah lagi, C hmmph, D jangan kau harap. semua saya tak memihak. saya sayangkan negara [eceh] asalkan kau boleh memerintah dengan adil dan saksama saya akan berterima kasih tidak kira kau siapa. saya tidak minta negara yang maju yang punya jet pejuang terhandal, cukup asalkan negara ini aman harmoni apa adanya dan kekal begitu tanpa anasir yang memporakperandakan. itu saja.

terus terang, saya hanya membaca dan tersenyum melihat kawan-kawan di facebook bercerita tentang apa yang mereka tahu pasal politik. di rumah hubby selalu jugak bawak balik [selain dari kerja ofis] cerita sensasi dalam politik. saya dengarkan aje. yang betul saya terima. tapi doesnt mean semua saya terima mentah-mentah. selalu jugak kami berdebat [tapi tak sampai tahap baling kerusi macam dalam dewan negara!] kalau isu itu boleh dipersoalkan kerana saya tak suka rakyat especially anak muda yang menelan masuk semua tu bulat-bulat. yang boleh pakai kita pakai. tapi jangan terlalu bias sampai mata kita dikaburi. bagi saya mudah je, berdiri atas pagar dan berfikir kalau anda memilih pihak A dan lepas tu berfikir seolah anda di pihak B pulak. kena fikir dari dua-dua sudut baru kita clean and clear. wah gitu. pandai pulak berpidato haha.

apapon masih lagi hak masing-masing untuk memilih. kalau semua rakyat macam saya ni - atas pagar - payah jugak siapa pulak nak mengundi kan. dan siapa pulak nak memerintah nanti haha. saya dibesarkan dalam keluarga yang 'undi rahsia' yang sebegitu rahsia-serahsianya yang tidak akan mampu anda fikir. yang pasti akibat dari itu saya tiada parti politik 'upbringing'. sis pon saya rasa serupa jugak. ye dak sis tolong jawab sat?

oleh itu, siapa yang dah mendaftar tu, maksudnya anda dah rela dan bersedia untuk memilih. saya belum haha jangan paksa nanti saya buat keputusan tak wajar hahahaha lagi. selamat mengundi semua!! eh eh chopp, bila pilihanraya nya????

2 comments:

  1. sy mendaftar sbb mase kua jusco,org SPR dah cekup dah..demi nak jage air muke beliau,saye daftar...nak kate mengundi...ntah...xdek kawasan jajahan yg rase nak stay n mintak d bangunkan....itu pon kalo die ade perasaan la nak gunekan duit rakyat utk kegunaan rakyat..kalo nak menebalkan poket die,kite serah pada Yang Maha Kuasa je la kasik belasah sama dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kakna serupa macam kakyong. die pon kene cekup masa bawak chika jalan2 sementara saya shopping x hengat dalam butik baby. saya selamat tapi dia??? hehehehehehe~

      Delete

Related Posts with Thumbnails