simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, April 26, 2011

NUK review [episode; intro]

eceh eceh dah glamour sangat ke blog ni sampai rasa berkelayakan nak buat product review?? haha suka hati gua lah. eh eh tengok tu, amboi cakap gua-gua pulak. buat kerek boleh. meluat kan??

okay. okay. kita buat biasa-biasa je. bukan nak mempertahankan mentaliti [buruknya ejaan dalam bahasa melayu] dan ideologi [wah begitu pelik bukan kah?]. tapi sekadar nak berkongsi pengalaman saja. x salah kan? siapa x setuju boleh angkat tangan [macam i yang normal bukan macam usop wilcha]. siapa yang bersetuju pon boleh jugak angkat tangan. sudahnya siapa yang angkat tangan, haku x tahu sebab apa. okay cukup jangan buat pening kat sini. lempang sedass baru tahu.

semua tahu i guna NUK untuk syiqah. eh ye ke semua tahu?? haha sekali lagi bajet blog sendiri macam laku. tapi yang pasti semua PATUT tahu this particular brand a bit different dengan others as its teat has an orthodontic shape, yang membuatkan survey di kalangan pead pon recommend it especially for breastfeeding mothers yang nak selang-seli breastfeeding and bottle-feeding atas sebab-sebab seperti away pergi kerja, ataupon malas bangun malam dan suruh husband take over, ataupon malu nak breastfeed di khalayak ketika kenduri kendara, ataupon saja-saja seronok tengok orang lain pakai botol kau pon nak cuba.

so far syiqah's NUK collection terdiri daripada
  • 5 units of 150mL PP bottles
  • 2 units of 150mL PC bottles
  • 2 units of 300mL PC bottles
  • 4 units of pacifiers
  • 6 units of size S no.1 teats
  • 4 units of size M no.1 teats
  • 2 units of size S no.2 teats
lain-lain yang pakai NUK jugak
  • electric breast pump
  • thermal bag
  • bottle brush
  • disposable and washable breast pads
  • nursing wipes

    okay sebelum apa-apa biar i jelaskan, bahawa all PC bottles tu adalah percuma dengan purchase of NUK thermal bag [ataupon maybe harga dah kira sekali sebab total nya mahal nak mampos for just a thermal bag]. jadi jangan korang menuding jari kenapa i bagi anak guna PC bottles. kepada yang x faham apa isu pulak dengan PC bottles ni, kejap lagi ye tunggu jawapan.. [apa x tengok berita agaknya kamu??]

    eh sekejap ye. bila i dah list down cenggitu baru i perasan lah. nape syiqah ada banyak botol sangat ni, padahal dia breastfeed.. haha musykil gila. patut la hubby cakap dah banyak camana boleh x sedar nih? haha. menjawab kepada kemusykilan ini, to be honest dari awal lagi i prefer to use PP rather than PC. PP atau nama penuh dalam ic nya polypropylene adalah material bebas BPA. bukan singkatan untuk 'berapa' ataupon 'bapa' tapi ialah bisphenol-A - suatu bahan kimia yang boleh mengakibatkan kegagalan endocrinology tubuh. atau dalam bahasa mudah, memberi kesan kepada keseimbangan hormon dalam tubuh badan. malas nak tulis panjang jadi click sini for more info. jadi that explains why bottles syiqah ada banyak, since all PC bottles x digunapakai, melainkan untuk isi air kosong [yang tidak panas] saja.

    di sini i bercadang untuk buat review satu persatu product NUK yang i guna, kecuali washable breast pads, thermal bag dan bottle brush semua tuh laa hahaha. kalau itu pon nak buat review memanglah poyo. brush pon nak buat review agak-agak lah kan.

    tapi nampaknya belum pon start review dah melalut panjang berjela punya muqaddimah. adoyy ini lah dia kalau rajin sangat menaip. tapi secara maya saja i ni peramah, kalau secara zahirnya i ni pendiam kahkahkah. okay zipp~

    macam ni lah. demi x nak buat korang rasa meluat padahal berminat [ceh yakin je] untuk membaca review ini, i akan buat untuk setiap satu dengan sangat teliti [kononnya] tapi haruslah jadi ber-part-part. so that korang x akan rasa ish menyampah lah nak baca dah, bila nak habis ni .... oleh itu harap tunggu lah ye. uhuu~~

     habis part 1. satu apa isi pon tarak. lalala~

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts with Thumbnails