simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, February 15, 2011

pantang vs habes pantang

yeay hari ke-45 menjelang jua. berjanggut menunggunya. akhirnya terasa macam naik stage terima kalungan bunga sebagai pengiktirafan 'habes pantang'. tapi... apa sebenarnya definisi 'habes pantang'?? persoalan tu timbul sebab i sendiri x tahu apa definisi 'berpantang'... so what's the different between those two??


berpantang makan
owh i tidak. ada orang berpantang air, telur, sayur sejuk sayur panas segala, tapi i lebih kepada try and error. hampir semua food yang munasabah dimakan, i makan. maksud munasabah tu, contohnya macam; kalau dah tahu ada stitches janganlah gatal makan makanan yang mendatangkan gatal, memang gatal lah kau nak dapat gatal... ish gatal lah kau!

selain tu, elak makanan yang sah-sah memudaratkan baby macam pulut sekaya makcik jah belakang rumah [yang sedap lagi diidam sepanjang waktu] sebab nanti baby yang breastfeed boleh dapat kembung perut. kalau sendiri kembung lantak haku tapi kalau baby kembung apa dia tahu, nangis nangis dan nangis sampai kita si ibu pon nangis sekali sebab kesian dan helpless.

terus terang cakap, i x berapa patuh pantang orang tua dalam bab makan. entah mana dapatnya itu yang i wonder sangat. orang utara cakap A x boleh makan, kena makan B, tapi orang selatan cakap B x boleh makan, kena makan A. apa maksudnya tu??? A dan B dua-dua boleh makan. hahaha. sebenarnya sebelum discharge dari hospital dah ada briefing oleh pihak hospital tentang apa yang boleh dan x boleh makan. dan ternyata x wujud pon pasal pantang air, sayur segala tu. so i percaya ianya lebih bersifat kepercayaan atau upbringing... atau paling tidak pon, blood-chemistry.

mama x larang apa, jadi i bantai telan semua. even cucur ubi kepal dengan kelapa parut pon i telan dengan izin mama tahu. rileks aje mama. semua makanan bagi. alah setakat rasa sebab teringin sudah lah. kita bukan budak kecik lagi nak makan benda sedap sampai kenyang. nanti baby kembung perut macammana. sendiri mau ingat lah.

TAPI biasalah, orang luar akan kata, eh eh kamu x berpantang makan??


berpantang angin
kipas tak boleh. duduk lah jauh-jauh dari sumber angin. biar berpeluh masam x ape buang toksin badan katanya. uhu x sanggup mak! geli lah. rasa macam seolah baru sudah bersukan tapi x mandi. melekit dan bergetah. kalau bergetah=HOT SEXY x ape jugak.. hehe =P
ada yang cakap air-cond x ape ada pulak yang cakap x boleh. sampaikan nak guna hair-dryer pon ditegah. sebenarnya alasan kenapa x boleh menyejuk-nyejukkan badan dengan kipas dan air-cond tu katanya sebab during labor ibu dah banyak kehilangan darah so nanti badan akan kesejukan. agak reasonable lagi. tapi habes tu kenapa hair dryer pon x boleh guna, kan angin panas tu?? itu yang buat i confuse.
senang cakap, i belasah semua. hehe. kipas, air-cond or hair-dryer, x ada satu pon yang dijauhi semasa berpantang.

TAPI biasalah, orang luar akan kata, eh eh kamu duduk bawah kipas??


x boleh keluar rumah
hoh apekah?? bukannya penjenayah nak sembunyi-sembunyi dalam rumah okay. dan as y'all [who read] know, i dah pon keluar pergi supermarket pada hari ke-17, ke-23, ke-32, ke-39, dan maybe ada lagi yang dah x ingat nak recall. alah kita jalan ikut energy yang ada lah, siapa suruh berlari pon. kan kan kan.

cuma ikut saranan MIL i x pergi lah keluar time senja bawak ke malam, keluar time siang je. suspen jugak takut 'ada' yang ikut balik. almaklum dalam hadas besar malah berminggu-minggu tak baca quran [prohibited kan bukan sengaja x mahu], takut mudah pulak 'diikut' dan 'kacau' baby kat rumah nanti, kan susah.

itu kira okay lah daripada one of my relative smell-smell bacang =P .....bibik yang jadi confinement lady die tu siap tak bagi pijak tanah langsung takut terpijak taik ayam... then what happen if terpijak?? haku pon tak tahu~~~

TAPI biasalah, orang luar akan kata, eh eh kamu dah keluar jalan-jalan??


x boleh memandu 
eh iye ke?? orang tua x kasik pasal dalam amalan berpantang dorang memang lah x drive sebab dulu-dulu x ramai yang ada kereta, malah kurang perlu penggunaannya pon. tapi zaman sekarang jangan kau. nak beli garam secekak pon naik kereta pergi kedai runcit tuuuu...[mama i lah tu]. kalau dulu-dulu dilarang naik basikal tu, fahamlah...sebab akan put pressure di kawasan luka di vagina tu. tapi bawak kereta sama aje macam duduk atas sofa. xkan lah x boleh duduk kot??? so releven ke larangan tu?? entahlah. korang fikir lah sendiri. yang kita ni pon drive berpada-pada lah. sure ada orang yang akan willing nak drive and x kasik kita drive kan, tapi kalau nak drive jugak lepas gian x salah pon. siapa suruh kau drift...

TAPI biasalah, orang luar akan kata, eh eh kamu drive dalam pantang??

******************

banyak lah lagi amalan-amalan ikut kata emak masing-masing. buatlah cara masing-masing tapi i lebih percayakan apa yang medical field says right. jadi kalau berpantang lebih macam tak berpantang, what's the different antara belum habes patang dengan dah habes pantang??? 

agaknya...
apa yang i dapat pada hari ke-45 onwards ni hanya..... buat apa saja tanpa pertikaian dari orang luar.
itu saja... kan??

hehe apapon...yeay BEBAS~~


5 comments:

  1. hehe, u r sempoi la sis. ayat last yang bold tu suke. :)

    btw, i tag u lagi in this contest. cepat!

    http://fiexa.blogspot.com/2011/02/comelnya-berbaju-kurung.html

    ReplyDelete
  2. hehe.. life is too short to be strict about. juz enjoy while we can, kan kan.

    okay will try to join this time. ngee~~

    ReplyDelete
  3. cool lah!!!
    aku suka n3 ni...

    tp sapekah yg smell2 bacang tu??
    plus,kalo org luar ade yg pertikai pon...so what?? hahaha..

    ReplyDelete
  4. hahaha thnx sis. aku tahu hg sure suka.

    smell2 bacang tu along nelly..hehe.

    ReplyDelete
  5. ngah aku tkr dh bckground aku cm hg sruh tu....
    ok x??? (out of topik jgk...hehe)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails