simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Friday, January 14, 2011

delivery of asyiqah

expected date was on january 8th. tapi x sangka pulak seloroh i selama ni dengan kengkawan yang i nak deliver on 1.1.11 menjadi kenyataan. terkena pada waktu mustajab agaknya hehe. dah mula turun darah dari subuh jam5 time tengah syok tido, pada 31 disember lagi, di mana hubby serta merta ajak gi hospital. tapi i dengan cool yang dibuat-buat, i ajak hubby tido balik sebab x ada sebab nak rush ke hospital lagi. too soon i thought. sebelum tido hubby and i cuma terfikir satu benda je... why today??? why 31st dec?? janganlah kerana deliver awal sehari aje anak tu nanti kena gi seolah awal setahun... haih siannye lah..

i thought i was so right, tapi mula doubt pasal after matahari naik, contraction begins, but without rhyme of time interval, which means bukanlah true labor sign. sekejap selang setengah jam, sekejap selang 10 minit, dan lepas tu 20 minit dan macam-macam minit lagi yang pelik-pelik x ikut pattern. so i called mama tanya perlu ke nak pergi hospital, but i dalam hati memang rasa x perlu lagi atas sebab tadi dan rasa masih boleh tahan sakit di rumah saja. lucky hubby pon ada di rumah x perlu bekerja sebab cuti peristiwa sempena kejuaraan pasukan bola sepak harimau malaya. selepas mama pon sokong, i pon rileks2 di rumah walaupon berkali-kali hubby suruh bersiap ajak pergi hospital bila dia tengok contraction kerap sangat kot.

tapi guess what, kami mengkhatam 'chuck' season 4 sampai habis secara back to back sebagai cara nak alih perhatian dari terlalu fikirkan pasal sakit yang ditanggung. haha...cool huh?? funny thing, it works! walaupon x adelah efficient sangat tapi alhamdulillah hilang jugak sakit habuan sepetang itu.

only after isyak start balik. dan bila jam tepat pukul 12 mama mesej; selamat tahun baru. yeay sekarang boleh deliver anytime. pukul 12 tu dah betul-betul dah setuju dengan hubby nak pergi hospital sebab somehow risau jugak takut baby stress ke sebab contraction dah start lama kan. so i had a warm bath dulu, tapi lepas tu macam dah undercontrol sikit sakitnye terus cakap kat hubby x jadi lah nak pergi. hahaha.

boleh lagi paksa diri tido tapi sampai setiap 10 minit terjaga dek contraction, around pukul 3.30 cakap kat hubby okay this is final. jom pergi hospital. bersiap ala-ala mak limah lenggang kangkung. suruh hubby drive super slow jugak sebab jalan di sini permukaannya teruk. cukup lah sakit yang ada jangan ditambah dengan semua hentakan tu.

sampai di hospital jam5 1januari [owh 24 jam sudah story ini]...nurse check baru 2cm. subhanallah after 24hours baru 2 cm??? tapi x sampai 30minit kemudian the water bag broke. dan nurse check lagi dah 4cm. lepas hubby solat subuh, die tolong i salin baju labor room dan pukul 7 dah boleh masuk.

dari 7.30pagi sampai 8.40 pagi adalah pengalaman yang 'x pasti patut berulang atau tak' haha. pukul 8.45 doktor dah bagi kebenaran untuk push tapi sampai 9.15 i still terhegeh-hegeh x reti nak push... [only if you were at the situation, you will know] last-last doktor bagi sepuluh minit masa tambahan [eceh]. akibat kegagalan di peluang kedua, doktor decide untuk vacuum untuk elakkan kompikasi pada baby ie lemas... but anyhow i still have to push jugak cuma vacuum tu assist baby keluar je. seumpama murid yang x reti jawab soalan exam english diberi kebenaran bukak dictionary tapi still kena cari jawapan sendiri... heh. ke situ pulak.

alhamdulillah 9.33 sedar x sedar sekujur tubuh putih dah diletak atas dada i. time tu x tergambar rasa, feeling habes doh. tapi i x nangis... sebab... eh kan dah kata x tergambar. x dapat lah nak dinyatakan sebabnya. tapi hubby was.. and i love him more for that.. *smile*

*abaikan salah ejaan itu* abah nama jumri bukan jamri LoL



5 comments:

  1. wow!bukan semua org leh rasa experience camni.hehe..my cousin pun kena vacuum gak.tapi kes dia sbb xlarat nak push sbb xmakan before tu.anyway,congratz 4 both of u.kalau free nnt,leh lawat baby..=p

    ReplyDelete
  2. jemput la mai umah.. anytime =)

    ReplyDelete
  3. skg aku makin pecaya bahawa cite dlm drama yg nk beranak sampai tak nyempat2 itu adelah penipuan semata-mata..hahaha!! sbb hg punye cite dh 2 hari, still leh jd mak limah..kuikuikui..=p

    ReplyDelete
  4. haha memang lah pon. klu ikut doktor ckp, average bukaan 1cm dalam 1 jam. so mmg menipu amat lerrr~~

    ReplyDelete
  5. itu la..mama na pon slalu pesan...bab mengandung-beranak ni,Allah bg lain2...kalo same kebetulan...kalo x,tu habuan/experience Allah nak bg kat kite :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails