setelah apa yang dilalui oleh sis yang amat-amat memilukan seluruh family [maaf i x sudi nak discuss further] x pasal-pasal air mata kami sekeluarga jadi murah amat.
abah seorang lelaki yang tabah hati dan kuat semangat, x pernah nampak pon air mata nya menitis even di saat mengucup kali terakhir dahi seorang yang bergelar ibu saat dikafankan pon, i x nampak semua tu. tahu...dalam hati beliau sedih, tapi masih cukup kental untuk menahan sebak cukup sekadar di dalam hati dan bukan untuk tontonan umum. tapi hari ini kalau dilihatkan beliau bukan lagi macam sebelum ni. seorang lelaki yang asalnya gagah berdiri di belakang anak-anaknya ketika tawa dan tangis, hari ini menjadi seorang yang berpura-pura gembira tetapi tersadai kesedihan di suatu sudut rumah ketika yang lain x endahkannya... apapon beliau tetap perwira kerana masih mampu berselindung... at least...
mama seorang perempuan, mudah melenting x bermaksud beliau x tahu menangis. x mampu berselindung, lumrah wanita bernama ibu, bila dicalar nama anaknya, hati pon terguris dalam. menitis air mata ibu memeluk anak dalam kesedihan, konon memujuk walhal hati sendiri pon macam ditoreh-toreh kejam.
kakcik x tahu menahu. tapi dia cuba dengan setiap peluang yang ada untuk cuba memahami situasi. dia cuba luangkan masa berkongsi kesedihan yang menyelubungi. dia jugak cuba untuk mendapat ruang di dalam keperitan ini supaya semuanya dapat dikongsi sebagai sebuah family.
adik walaupon terlalu muda untuk benar-benar memahami apa yang berlaku, tapi bertindak dengan sangat matang. tanpa disuruh datang mengunci diri bersama i dan hubby dalam bilik ketika pergelutan dan tangisan mencela suasana rumah yang asalnya penuh harapan. kakngah tahu, walaupon adik kecik sangat lagi tapi adik faham apa yang berlaku. kakngah yakin sangat tu bila kakngah x pernah dengar lagi adik sebut nama not-to mentioned-who. baguslah tu adik...
aku... kenapa aku menangis jugak?? [maaf, i bahasakan diri aku kepada sis bukan readers] untuk menyiapkan entry yang ala-ala macam ni pon i terpaksa tangguhkan sampai dekat 10 kali sebab nak elak kantoi menangis di depan colleague [i menaip di dalam office]. lepas reda sikit baru i continue. macam tu lah berulang-ulang kali. tapi hakikatnya i berkongsi kesedihan sis. xde sapa suruh tapi mungkin it runs in the blood. kami darah daging. baru sekarang, repeat BARU SEKARANG i betul-betul faham, betul-betul menghayati dan betul-betul merasakan apa yang dimaksudkan peribahasa 'cubit paha kanan paha kiri terasa'... baru sekarang... baru sekarang...
walaupon kami selalu bergaduh dan bertekak sedari kecil, kami masih lagi berkongsi tawa ria bersama sepanjang lebih 25 tahun ni. walaupon kami ada pengalaman pahit membenci satu sama lain dek ketelanjuran kata tatkala dewasa, tapi kami masih simpan kenangan manis dikejar anjing di zaman kanak-kanak yang boleh buat kami tergelak sampai ke hari ini. walaupon kami kadangkala berbeza pandangan dan pendapat, tapi kami x pernah menjadikannya alasan untuk tidak bertegur sapa. walaupon kami pernah menampar pipi antara satu sama lain [huh!!] ketika lupa diri, tapi kami tetap berpeluk untuk berkongsi kelukaan hati ketika bersedih.
jadi x wujud alasan kenapa kepiluan itu x dikongsi bersama. walaupon i ada apa yang sis x ada sekarang, i x semena-mena tahu menumpang rasa hati sis. walaupon hairan dari mana datangnya tapi inilah hakikatnya.
dan hubby, di sini aku lihat kamu. suratan yang berlaku buat aku sedar bahawa Tuhan telah menganugerahkan aku sesuatu yang tiada ternilai--- KAMU. thanks for loving me more that i do. dengan apa yang berlaku, dalam kesederhanaan hidup ini, aku masih punya cinta hati.
terima kasih Tuhan,
terima kasih cinta...
simply nourology
- nour
- Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
- hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Tuesday, July 06, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





salam...
ReplyDeleteentry yang sangat syahdu...kak lynn follow your blog...
thnx kak lynn. welcome n happy blogging. i follow yours too.
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteair di cincang takkan putus.....
syahdu sangat2.. bac entry nie..
that is why God give us sisterhood.
ReplyDeletethnx for reading =)