simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Monday, April 06, 2009

dialah orangnya

dalam hidup kita yg cuma sekali ni, dah tentu kita memilih option terbaik utk kehidupan kita hari ni dan masa hadapan. tapi pernah x terlintas dalam fikiran, siapa yg terbaik utk dijadikan pasangan hidup, yg kalau difikir sedalam2nya, dialah orangnya yg bakal merubah corak kehidupan kita, dialah orangnya yg bakal mewarnai (atau merundung) masa depan kita, dialah orangnya yg bakal mengisi (atau merompong) ruang hati kita, dialah orangnya yg bakal menemani (atau menyesak) setiap hela nafas kita, dan maka itu, kita jadi was - was dengan siapa yg berdiri di depan mata dek kerana takut dengan risiko. tapi dalam masa yg sama, ada x kita fikir, layakkah dia terima perasaan gulana tu sedangkan dia jujur seikhlas rela?? (mana kita tau)

keputusan utk bersetuju mendirikan mahligai (rumah tangga mcm kampung-style -rumah yg bertangga-, mahligai superb sket kan??) bukan semudah mengungkap sepatah perkataan yg hanya dieja dengan dua huruf aje iaitu YA (setuju la maknanya tu...) tapi dua huruf tu punyai berjuta ela maksud terperinci. jawablah YA, tapi fikir dalam2 sebelum tu. ketahuilah bhw dialah orangnya yg bakal "menghantui" hidup kita sampai mati. betul... sebabnya, kalau sungguh dia cinta, maka kita akan rindu dan gilakan dia saban waktu kerana kasih sayang dia, dan kalau sungguh dia tak tega, maka kita akan meracau hilang punca, pun kerana dia.

selepas 10 tahun mengenali tuan punya nama ANIS RAFIE, aku x takut lagi. bukan terlalu yakin sebaliknya bersyukur kerana dialah orangnya yg dianugerah Ilahi kepada aku yg x seberapa ni. 2 bulan dari tarikh ni, dialah orangnya yg aku pilih sebagai tempat bergantung pengganti bapa sendiri, dialah orangnya yg aku pilih sebagai insan pertama aku bersemuka setiap pagi, dialah orangnya yg aku pilih utk berkongsi suka duka kehidupan seorg isteri. mengapa dia kalau bukan kerana aku tahu dengan sebenar2 tahu, bhw dia layak utk itu.. sungguh, dia benar2 layak utk itu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails